BRACES ONZZZ! KLINIK PERGIGIAN NORSHAH BANGI

Hi assalamualaikum

Harini sy nak share klinik yang sy buat braces CNY tahun lepas . Al maklumlah sebelum buat braces semua orang dok survey kat mana braces yang murah, mana yang servis tipt0p.

Setelah sy bandingkan dengan beberapa dental klinik di area KL dan Selangor, finally sy jumpa klinik yang paling murah.

Sebelum datang ke klinik Pergigian Norshah Bangi, sy ada beberapa kali call mereka sebab sy bukannya dekat nak datang disamping kekangan waktu yg sangat lerr padat dengan kerja dan keluarga.

So staff klinik inform range harga dalam RM 5K keatas. Sy perlu datang ke klinik untuk konsultan  dan kosnya free.
Jika nak dibandingkan dengan beberapa klinik yg sy pernah call, kebanyakkan mereka akan mengambil sekitar RM 20-RM 50 untuk konsultan sahaja. Jimat bukan?

Seingat sy, tak sempat sy book appointment untuk konsultan sbb tak plan bila nak ke Bangi. Kebetulan sy ada business planning area sana untuk projek 'mini skirt' so teruslah terjah ke klinik .Mujurlah waktu tu takde orang, taklah menunggu lama. Tapi make sure korang jangan buat macam tu ye sebab klinik tu ramai orang. Takdelah istilah terjah nanti korang yang surprise tunggu lama.haha

Lepas doc screening gigi, dia kata dalam setahun lebih ni sebab gigi spacing je lebih. No need cabut gigi so kosnya pun tak mahal compared to gigi yang berlapis. So next appointment bayar deposit, then pasang gap untuk letak bracket. proses pemasangan gap untuk bracket tu sekejap je dan tak sakit. Tapi, dalam masa seminggu getah tu duk kat celah gigi hang baru pasang bracket okeyhh.

Dalam masa seminggu tu start rasa tak selesa dan sakit .Tak selesa sebab macam rasa daging terselit kat gigi . Doc ada pesan kalau tercabut datang balik klinik sbb kalau tak gapnya tak ada nanti waktu nak pasang bracket. Rasanya tak sampai beberapa hari ada satu getah tu tercabut. Cuak gak sbb nak kena selit balik maklumlah budak baru nak up ngan braces ni. hahaha

Call klinik dia kata takpelah datang terus waktu appointment tinggal berapa hari je lagi .Tak yah selit lagi sbb dia kata gigi sy memang jenis spacing . Insyaallah takde masalah nk pasang bracket.

Next appointment pasang bracket and wayar. Untuk permulaan doktor pasangkan wayar yang nipis sebab dia cakap baru lagi. Dia nak bagi biasakan dulu kalau tak nanti sakit then advise jangan makan makanan keras ex. epal . Untuk permulaan makan yang lembut2 jer..i ollss pun follow je lah makan bubur je hari2 . Orang kat opis pun konpius tengok hari2 bubur .Bosan pun ada tapi nak buat acano kalau tak sakitlah nanti.huuhu. Den jenis yang takut sakit .haha .Seriously hari pertama tak sakit, masuk hari kedua ketiga, jeng jeng jengggggg.. Sakitnya macam rasa gigi tu goyang nak tercabut. Penangan sebab nak tarik gigi tu kebelakang . Ni baru saiz wayar halus dik non .hohoho.
Suami tahu dah kalau muka i ketat tu maksudnya tengah sakit lah tu .Jangan dicakap apa2  atau jangan tanya apa2 .Nescaya rasa sakit tu bertukar jadi marah .hihi

Regarding appointment , untuk permulaan , kena datang setiap bulan  sebab doc nak cek progress gigi macam mana .Setiap kali mai mesti doc tu ambil gambar untuk record and next plannning .

Nanti sy sambung entry lain pasal braces yer sebab sekarang data makin slow. Musim PKP ni ramai duk online so data pun macam apa dahhh. Berpuluh kali complain kt customer service pun tak jalan daaa. Please share line ape yang korang pakai . Sharing is caring 💛

Bawah ni sy list siap harga braces sy buat di norshah bangi;


Total braces gigi atas bawah
RM 4500

Deposit 
RM 1500

Monthly
RM150-RM 200



Sekian.

assalamualaikum.

Ulasan

Catatan Popular