PENANTIAN DUA TAHUN ! ALHAMDULILLAH



Assalamualaikum semua,


Syukur alhamdulilllah sy nak share berita gembira untuk sy dan keluarga .Penantian sy selama 2 tahun akhirnya terjawab pada bulan 7/2020 . Wow !! penantian apakah sampai 2 tahun ? Bila sy update di facebook ramai yang sangkakan sy pregnant kerana  status itu mengundang persoalan Mak Leha betul ๐Ÿ˜‚


Sebenarnya status lantikan bagi jawatan Penolong Pegawai Tadbir telah bertukar dari calon simpanan ke lantikan tetap .Alhamdulillah dengan izin Allah . Rezeki yg Allah beri pada sy terutama anak2 . Sy mohon jasa baik semua untuk mendoakan semoga dipermudahkn urusan perlantikan sy ke jawatan awam .


Dah lama bercita-cita jadi penjawat awam haihh. sebab nk berkhidmat pada negara ewahh.hehe .

Berkat doa arwah ibu sy juga sebelum ni yg bersungguh-sungguh minta sy sambung pengajian diploma dapam bidang pentadbiran awam. Ya ! betul2 dia bersungguh sampai sy pernah merajuk tak nak masuk UiTM sebab nak masuk Universiti swasta gara-gara kos perhotelan . Kenapa pulak hotel ni pika ? sebab sy berangan mempunyai sebuah hotel . haha! Tak salah berangan walaupun macam mustahil kan ? InsyaAllah kita doakan semoga Allah beri yg terbaik untuk hidup kita .Amin


Ada yang beritahu sy .Betulk ke 2 tahun sy tunggu ? Iya . Mungkin rezeki sy bukan dalam tempoh 2 tahun lepas kerana banyak perkara yang berlaku dalam hidup sy . Paling tak dapat dilupakan tahun lepas kerana anak kedua sy telah disahkan kanser neuroblastoma iaitu kanser saraf . Apa yg berlaku sepanjnag tempoh setahun ini memang mengajar sy dan suami banyak perkara. InsyaAllah sy akan kongsikan dalam entry yang akan datang .

Alhamdulillah anakanda sy sekarang sihat dan masih mendapat rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) . Rutinnya sekarang makan ubat dan berjumpa doktor 3 bulan sekali. Terima kasih pada semua yg telah banyak membantu dan mendoakan ank sy selalu . Semoga doa untuk kesembuhan anak sy dititipkan selalu๐Ÿ˜Š


Berbalik pada jawatan gred N29 yang sy terima , setakat ini sy masih menunggu surat lantikan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk surat lantikan dimana mengandungi tarikh lapor diri.

 Kronologi  PPT N29 sy:


5/8/18 - terima email peperiksaan online

15/8/18- peperiksaan online seksyen A dan B

20/8/18 -keputusan peperiksaan

19/9/18- Ujian Psikometrik 

20/9/18- terima email panggilan temuduga

8/11/18- Temuduga

8/1/19- keputusan temuduga calon simpanan sehingga Jan 2020


Sehingga Jan2020 sy masih tidak dipanggil .Sy rasa dah putus harapan kerana sy ada mengambil beberapa exam yg lain sepanjang menunggu jawatan ini namun gagal .Tapi sy tak terlalu berharap kerana mungkin belum rezeki sy .Semua yg berlaku atas kehendakNya. 


Sy tergerak hati nak check SPA bulan 3, status calon simpanan sy dilanjutkan sehingga 7/7/20 .Alhamdulillah masih berharap walaupun tipis .



5/7/20 - status calon simpanan di web telah bertukar ke lantikan tetap.

Gembira bersyukur tak terkata. Cepat2  screenshoot whatssap kt suami hehe. Menangis jugaaa sebab rasa terlepas satu rasa penantian . 

hide



18/8/20 terima surat tawaran SPA melalui email

 disini sy perlu terima/tolak tawaran tersebut dan semestinya sy terima ๐Ÿ˜ƒ


Untuk details tawaran dari SPA sy akan share sebab perut dah dondang sayang.Lunch hours ! bye


Assalamualaikum


 


Ulasan

Catatan Popular