PROMOSI ZOO MELAKA ! JOM SUPPORT ZOO KITA

 Assalamualaikum, 


Dalam entry kalini sy nak share pengalaman ke Zoo Melaka baru-baru ni . Al maklumlah orang tak pernah bawa anak ke zoo jadi excited sikit especially sekarang Zoo Melaka sedang adakan promosi yg bakal berakhir 31/8/2020 ini . Jadi jom sama-sama kita bawa anak mengenali haiwan lebih dekat di Zoo Melaka. Apa yg penting jaga penjarakan sosial dan kebersihan di dalam zoo. Kan kita jaga kita💕


Sebelum ke Zoo Melaka fikir juga banyak kali sebab tiket mahal waktu tengok di Apps T dan A . Tapi lepas search je tiket mzoo murah kat Facebook terus nampak posting dari Zoo Melaka tentang promosi tiket . Melompat sukalah umi sebab tiket murah sangat2.

Haritu kami ambil sesi petang ,mujur tak terik . Kami sampai lebih kurang 2.40pm .Parking fuhhh penuhh tapi takpe sebab itu tandanya ramai yg support Zoo Melaka .Alhamdulillah .


Sepanjang laluan naik ke kaunter akan ada kedai2 yang menjual pelbagai mainan,topi, makanan dan lain2. Disini mak ayah silalah bersabar dengan kerenah anak yg nak mainan itu ini . Apa yg menarik kat sini ada topi gajah,monyet dn lain2 yg dijual dengan hanya RM 10 . Kami singgah nak beli topi untuk anak-anak tp masa tu semua jual mahal tak nak . OK fineee. Kita cuba goda time balik nanti 😂


Sebelum beratur dikaunter ad petugas yg akan mengambil suhu dan pesan siap-siap pada pengunjung untuk menunjukan mykad dan mykid untuk dapatkan harga promosi.  Standby awal ye kalau anak dah ada 6 orang .hehe .

 Harga tiket yg dijual memang sangat murah dan berbaloi


Dewasa Mykad- RM 10

Kanak-kanak Mykid - RM 5 


So total kena bayar untuk 2 orang dewasa 3 kanak-kanak cuma RM 30 sebab Chacha tak kena cas. Mungkinkah sebab dia baby dihati umi ? haha


Masuk je zoo haiwan pertama nampak ialah parrot aka burung kakak tua.  Teruja anak2 melihatnya sebab banyak . Tapi burung kakak tua ni anak sy tak heran sangat sebab jiran rumah ada bela. Burung dia bising sangat tiap petang . Potpet potpet satu pun tak faham. haha


Pada mulanya kami plan nak naik train tapi bila tanya dia ada yg set family . 1 train RM 100-150. Rupa-rupanyaa ada yg boleh campur tapi kebetulan sewaktu kami datang train dah jalan .So kami pun jalan jelah sbb ingatkan zoo kecil

Hampir 2 jam setengah kami kt dalam menghabiskan masa dengan aktivit petting zoo , makan aiskrim dan bergamabr. Fuhh tak sedar masa berlalu sebab terlalu besar Zoo Melaka. Sehinggakan kami dah tak larat bila dah sampai ke seksyen harimau .Masih jauh lagi sampai ke jalan permulaan tadi . Sekejap tanya bila nak habis 😂

Habis je pusing satu zoo kami pun gerak balik sebab jam pukul 5.30 pm. Sempat lagi kami pujuk anak-anak beli topi zoo tapi tak nak juga . Dipilihnya sabun buih yg tiup-tiup tu .Alahai anak,asalkan gembira😆 

Umi pun bersyukur dapat bawa anak-anak umi lihat haiwan lebih dekat sebab dapat kenal haiwan .Selama ni dengan lalat pun takut 😂








Sy ada tips bagi yg anda bakal ke zoo melaka:


1) sekiranya anda larat berjalan jauh bolehlah jalan kaki. Namun anda boleh menaiki Tram di sana.

2) Bawa/beli air masak kerana anda akan kehausan .

3) Jaga anak anda selalu ,jangan biarkan mereka berdekatan dengan sangkar haiwan .Ada kes sorang kanak-kanak berdiri betul hadapan sangkar harimau kumbang. Harimau tu dari jauh perhatikan dia. Slow-slow dia datang dan terus terkam. Mujur sangkar tu penghalang . 

4. Bawa kipas sebab berpeluh -peluh selepas jalan jauh.



Itu sahaja share sy kali ni .Terima kasih membaca😃


Assalamualaikum



Ulasan

Catatan Popular